Aku seorang
pelatih sl1m petronas. Baru je masuk bulan 9 2017. Masuk situ selama 8 bulan
pengajian. 2 bulan pertama masuk kelas dan dibiaya penuh oleh petronas. Makan,
tempat tinggal dan elaun dobi juga diberi. Elaun waktu ni hanya rm500. Kami ditempatkan
di Glory Beach Resort, Port Dickson. Di situ aku ditempatkan di bilik 405. Hari
pertama daftar situ, terus masuk kelas Microsoft Excel. Mak dan family hantar
tak sempat berapa minit, kena balik dah. Hantar2 beg naik bilik, terus kena
masuk kelas. Nasib la ingat kasut tertinggal dalam kereta. Kalau tak, mampus
aku nak pakai kasut ape nanti masuk kelas. Dah la masuk kelas kena pakai formal.
kasut gelap dan bertutup. Maka bermulalah hari2 ak sebagai pelatih SL1M
PETRONAS. Bermacam2 kelas aku masuk semua berkaitan soft skill kita sebagai
manusia di muka bumi ni and nak bekerja dalam bidang korporat. Antara kelas
yang aku masuk seingat aku Microsoft Excel, Finance, Entrepreneurship,
Communication skill, interview skill, personal branding, personal grooming, English,
online presence, dan macam2 lagi lah. Tak ingat dah kelas apa lagi aku masuk.
Selepas 2 bulan berlalu, aku
ditempatkan di KLCC untuk menghabiskan sisa 6 bulan ON JOB TRAINING. KLCC
merupakan pilihan kedua untukku. Aku ingatkan akan dapat di hometown aku di
KEDAH. Alangkah bahagianya kalau aku dapat di Kedah je. (maklumlah, katak bawah
tempurung-asyik nak duduk tempat sendiri je.. berhijrah tak nak, hehe). Tempat yang
aku idamkan nak OJT tu adalah di GURUN. Siap search pekerja2 disitu lagi. Nak tengok
muka siap2, sombong ke tak diorang ni kan. Haha. Lawak pulak bila ingat balik. Bukan
tu saja tau, aku siap search rumah sewa lagi kat sana. Yang mana berdekatan
dengan petronas gurun tu. Hahahahaha. Ha! Seingat aku, aku pernah Tanya lagi
rumah sewa tu still kosong ke tak, aku nak masuk (confident mau tinggi-last2
dapat tempat lain).
Bila habes
je cuti, aku pon bertolak datang KL pulak. Maka bermulalah perjalanan mencabar
aku nak ke sana. Aku g sana, abang ipar aku hantar sekali dengan kak dan mak
aku. Sebab ape aku kata mencabar is musim tu musim tengah banjir dekat kawasan
Sik, Peneng, di mana laluan-laluan tulah yang kami akan tuju untuk keluar dari
Kedah ke KL. Nak dijadikan cerita, abang ipar aku ni sejenis yang berani
meredah segala rintangan di hadapannya. Kami pulak jenis akan berpatah balik
kalau ada rintangan dan kesukaran dan kebahayaan. Hahaha. Banyak jalan ditutup
waktu tu, dan kami pon tiba ke satu jalan lain. Hanya jalan tu je kena lepas,
then boleh la gi KL nye. Jalan ni dilimpahi air deras la sebab sungai. Air memang
laju aku tengok, maka terpisahlah jalan ni. Memang tak Nampak jalan langsung! Nampak
air ja deras. Banyak keta2 dan motor berhenti dekat situ. Ada juga yang
berpatah balik. Tapi,…….. abang ipar aku ni kan sejenis meredah segala apa rintangan,
so, setakat air deras tu je kacang la bagi dianye. Yang aku dgn yang lain ni
kecut perot dah. Dan aku dalam hati memang mengatakan dia akan redah jugak
jalan ni. So, aku redha. Hahahhaha. Dalam redha2 aku ni pon, sempat lagi aku
jerkah2 dan berleter dkt abg ipar aku tu tak bagi lalu. Hahahahaha (sis buat
tanpa sedar okey_kang kene kecam derhaka dgn abg ipar). Waktu tu ada sebuah
lori muatan berat dekat depan kami. Lori tu boleh la redah, sebab dia besar dan
berat. Then, ada sebiji van ni pon follow belakang lori tu. Abang ipar aku ni pon,
apa lagi. Dia pon follow belakang jugak. Aku ni terbayang2 dibawa hanyut dah. Hadei..
tapi Alhamdulillah la selamat semuanya. Hidup lagi ni haa.. cerita dekat korang
pengalaman ni kan. Hurm…..
OK, setakat ni dulu cerita aku, nanti aku sambung…. Bye.
Assalamualaikum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan